Thursday, December 30, 2010

2011

2011 akan tiba kurang dari 24 jam dari sekarang, saya sedang berada di Emphire Hotel Subang, bilik 0910, 30 minit ke KL Sentral.  Banyak perkara yang sedang bermain dalam fikiran, apakah 2011 menyediakan seribu satu macam perkara yang menarik untuk dinikmati bersama.  Satu yang pasti ialah hidup akan lebih mencabar, pergelutan spiritual akan lebih rumit di samping peluang yang makin bertambah tambah untuk menjana ekonomi sendiri, keluarga dan masyarakat.  Para pemimpin tidak akan berhenti untuk mencipta peluang-peluang yang dpt meningkatkan taraf kehidupan rakyat,  mereka akan melakukan apa saja untuk wang dan jika sekirannya mungkin nilai moral dan akhlak akan menjadi perkara yang kedua.  Para cendikiawan akan terus menyediakan hub ilmu, para pemimpin agama akan terus mendorong umatnya untuk setia, dan kita orang biasa akan terus berusaha untuk hidup.  Sekurang kurangnya hidup ini tidak menjadi sia sia, kerana kita mempunyai Pengharapan yang kekal yang melampaui batas minda manusia.

Kuro Kaa, akan menjadi suara kepada yang bisu dan mata kepada yang buta..